Polisi Privasi Kumpulan TTI

Apabila anda menggunakan perkhidmatan TTI,[1] anda mungkin akan memberikan data peribadi anda kepada kami. Polisi Privasi Kumpulan TTI (“Polisi”) ini akan membantu anda memahami cara kami mengumpul, menggunakan dan mengendalikan data peribadi anda. Ia juga menerangkan hak perlindungan data anda, termasuk hak anda untuk membuat permintaan akses dan pembetulan data.

Sila baca Polisi ini dengan teliti sebelum memberikan kami sebarang maklumat tentang anda atau mana-mana orang lain.

Laman web-laman web Alat Milwaukee di pelbagai bidang kuasa, yang menyediakan pasaran dalam talian untuk alat-alatan dan aksesori, mempunyai polisi privasi mereka sendiri. Jika anda memberikan sebarang data peribadi pada laman web tersebut, kami mengesyorkan anda untuk meluangkan masa untuk membaca polisi-polisi tersebut juga.

Polisi ini ditulis di dalam Bahasa Inggeris dan mungkin telah diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa lain. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi terjemahan Polisi ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Jika anda berpangkalan di negara-negara atau wilayah-wilayah di luar Hong Kong semasa berinteraksi dengan kami, sila rujuk juga lampiran-lampiran yang berkenaan.

Polisi ini kali terakhir dikemas kini pada 14 November 2022.

 

[1] TTI” bermaksud Techtronic Industries Company Limited (No. Syarikat: 151812) bersama-sama dengan syarikat-syarikat berkaitan dengannya, termasuklah anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat gabungan.

14 November 2022

Di TTI, kami komited untuk melindungi privasi, kerahsiaan dan keselamatan data peribadi anda. Kami berjanji untuk mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan data yang berkenaan. Dengan berbuat demikian, kami juga komited untuk memastikan semua pekerja-pekerja dan ejen-ejen kami mematuhi keperluan-keperluan ini.

Undang-undang negara tertentu memerlukan kami untuk memberikan anda maklumat tambahan tentang aktiviti pemprosesan kami dan kami telah menyertakan lampiran berasingan untuk menangani perkara ini. Sebagai tambahan kepada dokumen ini, sila rujuk lampiran yang berkenaan dengan anda.

Kami akan memberitahu anda tentang sebarang perubahan pada Polisi ini, termasuk dengan menyiarkan versi yang dikemas kini di laman web kami. Perubahan-perubahan tersebut akan berkuat kuasa dari tarikh siaran.

14 November 2022

Kami mengumpul data peribadi anda, iaitu, maklumat (a) yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan individu yang masih hidup, (b) dari mana ia adalah praktikal untuk memastikan identiti individu itu secara langsung atau tidak langsung; dan (c) dalam bentuk yang mana akses atau pemprosesan data tersebut boleh dipraktikkan; atau menurut definisi yang lebih luas seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang dan peraturan-peraturan data yang berkenaan.

Secara amnya, data peribadi yang kami kumpulkan adalah termasuk, tanpa had, nama, alamat e-mel, nombor telefon, alamat kawalan akses media, alamat Protokol Internet (“IP”) anda, kad kredit, kad debit dan maklumat pembayaran lain, jantina, tarikh kelahiran, umur, minat, lokasi geografi, penggunaan laman (termasuk tingkah laku dan aktiviti menyemak imbas), tingkah laku membeli-belah dan membeli serta data peribadi lain yang anda berikan.

14 November 2022

Kami menyatakan dalam jadual berikut keadaan di mana kami mengumpul data peribadi terus daripada anda, jenis data peribadi yang kami kumpulkan dan cara kami berniat untuk menggunakan data tersebut.

Bila kami mengumpul data peribadi anda

 

Jenis-jenis data peribadi

Bagaimana kami menggunakan data peribadi anda

Lawati dan berikan data peribadi anda di laman web-laman web yang kami miliki dan kendalikan (termasuk https://www.ttigroup.com/)

 

Apabila anda melawati laman web-laman web kami, kami akan merekodkan setiap lawatan anda, dan akan mengumpulkan maklumat berikut secara automatik:

  • maklumat teknikal, termasuk alamat IP yang digunakan untuk menyambungkan komputer anda ke Internet, maklumat log masuk anda, jenis dan versi penyemak imbas, lokasi geo, tetapan zon masa, jenis dan versi pemalam penyemak imbas, jenis peranti, sistem pengendalian, masa dan tarikh persetujuan dan platform; dan
  • maklumat tentang lawatan anda, termasuk Pencari Sumber Seragam (Uniform Resource Locators) penuh, aliran klik ke, melalui dan dari laman web kami (termasuk tarikh dan masa), produk yang anda lihat, cari, tapis atau beli/tebus, hiperpautan yang telah anda klik, laman web yang anda lawati sebelum tiba di laman web kami, halaman dilihat, masa respons halaman, ralat muat turun, tempoh lawatan ke halaman tertentu, maklumat interaksi halaman (seperti menatal, klik dan alihkan tetikus) dan kaedah yang digunakan untuk menyemak imbas laman web.

Maklumat ini akan disimpan oleh kami untuk mentadbir laman web-laman web kami dan untuk pengurusan dalaman, termasuk penyelesaian masalah, analisis data, ujian, penyelidikan, statistik dan tujuan tinjauan serta mengawal tindakan yang menyalahi undang-undang.

 

Beli produk-produk di kedai kami

 

Apabila anda membuat pesanan dengan kami, melalui kedai fizikal kami, kedai dalam talian atau sebaliknya, kami akan mengumpul data peribadi seperti:

  • butiran peribadi anda, termasuk nama, nama syarikat, alamat, alamat e-mel dan nombor telefon anda; dan
  • butiran pengebilan anda, termasuk maklumat kad kredit dan alamat pengebilan anda.

 

Maklumat ini akan digunakan oleh kami untuk memproses pesanan anda, termasuk mengatur penghantaran produk, memaklumkan anda tentang perkembangan penghantaran, mengesahkan status pembayaran dan mendaftar untuk jaminan produk.

 

Mohon pekerjaan dengan kami dan semasa tempoh pekerjaan anda

 

Apabila anda memohon pekerjaan dengan kami (melalui e-mel, melalui pos atau menghantar permohonan melalui laman web- laman web kami), anda mungkin diminta untuk memberikan data peribadi seperti nama, nombor telefon, alamat e-mel dan alamat surat-menyurat anda. Kami juga mungkin mengumpul resume, transkrip-transkrip dan surat rujukan anda, yang mungkin mengandungi data peribadi anda seperti rekod akademik, sejarah pekerjaan dan kelayakan profesional. Apabila anda memberikan data peribadi pihak rujukan-pihak rujukan anda kepada kami, seperti nama mereka, nama syarikat, gelaran dan butiran hubungan, anda dikira telah mendapat kebenaran mereka untuk bertindak sebagai pihak rujukan anda dan memberikan data tersebut kepada kami.

Sekiranya anda ditawarkan pekerjaan dengan kami, anda mungkin akan diminta untuk melengkapkan borang pekerjaan yang mungkin memerlukan anda memberikan data peribadi lain seperti nombor kad pengenalan / nombor pasport Hong Kong anda dan status vaksinasi. Selanjutnya, semasa anda bekerja, sekiranya pengemaskinian kepada data peribadi anda dalam rekod kami diperlukan, kami mungkin akan mengumpulkan data peribadi tambahan daripada anda.

Kami mengumpulkan data peribadi anda untuk menilai permohonan kerja anda, dan sekiranya anda ditawarkan pekerjaan dengan kami, menyimpan rekod sumber manusia kami dan mengendalikan pelbagai fungsi dan aktiviti sumber manusia.

 

Kunjungi premis-premis kami

 

Apabila anda melawati salah satu premis-premis kami, anda mungkin diminta untuk memberikan data peribadi seperti nama anda, nombor kad pengenalan / nombor pasport dan data kesihatan seperti bukti vaksinasi.

 

Kami mengumpul data peribadi anda untuk menjaga keselamatan premis kami dan memastikan kesihatan dan keselamatan kakitangan-kakitangan kami.

 

Langgan surat berita-surat berita kami dan daftar untuk acara-acara atau kempen kami

 

Apabila anda menyerahkan borang pada laman web kami untuk melanggan surat berita kami atau mendaftar untuk acara atau kempen kami, kami mungkin mengumpul data peribadi anda seperti nama, nombor telefon, alamat e-mel dan alamat surat-menyurat anda.

 

Kami mengumpul data peribadi anda untuk menghantar surat berita kami dan kemas kini secara tetap mengenai acara dan kempen kami. Ini termasuk, tanpa had, mendaftarkan anda untuk acara, aktiviti dan bahan berkaitan pelabur kami.

 

Semasa pemasaran dan acara-acara perniagaan lain

 

Kami menganjurkan pemasaran, pembangunan perniagaan dan acara-acara korporat lain dari semasa ke semasa. Semasa acara ini, kami mungkin akan mengumpulkan data peribadi anda seperti nama, tarikh lahir, nombor telefon, alamat e-mel dan alamat surat-menyurat anda. Di samping itu, kami boleh, untuk tujuan memastikan kesihatan dan keselamatan peserta kami, mengumpul data kesihatan anda seperti bukti vaksinasi.

 

Kami mengumpulkan data peribadi anda untuk merekodkan kehadiran, memudahkan pengaturan acara, menghantar bahan acara kepada anda, menghubungi anda untuk maklum balas, menyampaikan kepada anda maklumat tentang Syarikat, produk, perkhidmatan, acara dan kempen kami, membangunkan rancangan untuk acara masa depan dan memastikan kesihatan dan keselamatan peserta kami.

 

Semasa pertanyaan anda dengan wakil kami

 

Apabila anda menghantar pertanyaan kepada kami, melalui panggilan telefon, e-mel, media sosial atau sebaliknya, wakil kami mungkin mengumpul data peribadi anda seperti nama, tarikh lahir, nombor telefon, alamat e-mel, alamat surat-menyurat dan bukti identiti anda.

Sila ambil perhatian atas sebab keselamatan, wakil kami tidak akan meminta anda memberikan maklumat pembayaran anda (seperti butiran kad kredit) dan nombor kad pengenalan penuh anda melalui panggilan telefon, e-mel atau media sosial.

Kami mengumpulkan data peribadi anda untuk membantu anda dengan soalan-soalan anda, mengesahkan identiti anda dan berkomunikasi dengan anda jika tindakan susulan diperlukan.

 

Melengkapkan tinjauan-tinjauan kami dan menyerahkan borang-borang hubungan menerusi laman web kami

 

Apabila anda melengkapkan tinjauan kami, kami mungkin mengumpulkan data peribadi seperti nama, alamat e-mel dan alamat surat-menyurat anda.

 

Kami mengumpulkan data peribadi anda untuk menambah baik produk dan perkhidmatan kami, menghubungi anda untuk maklum balas lanjut, menangani pertanyaan anda dan mengendalikan sebarang aduan yang anda ada.

 

Daftar, akses dan gunakan portal pelanggan kami

 

Apabila anda mendaftar untuk akaun kami, mengakses serta menggunakan portal pelanggan kami, kami mungkin akan mengumpulkan data peribadi seperti nama anda, alamat e-mel, nombor telefon, maklumat akaun media sosial (jika anda telah melog masuk melalui akaun media sosial anda).

 

Kami mengumpul data peribadi anda untuk mendaftarkan akaun untuk anda di portal pelanggan kami, memudahkan pendaftaran anda untuk jaminan produk, mengurus program kesetiaan kami dan memproses permintaan anda untuk penebusan hadiah atau cenderahati.

 

Kami kadangkala bekerjasama dengan penyedia-penyedia perkhidmatan pihak ketiga seperti syarikat-syarikat analisis data, rangkaian pengiklanan dan koperasi, dan data peribadi anda yang telah diberikan kepada pihak ketiga-pihak ketiga ini mungkin dipindahkan kepada kami.

Kami berusaha untuk hanya mengumpulkan data peribadi yang diperlukan dan mencukupi tetapi tidak berlebihan untuk tujuan pengumpulan. Secara amnya, anda secara sukarela memberikan data peribadi yang diminta oleh kami. Walau bagaimanapun, kegagalan untuk memberikan data peribadi tertentu yang diperlukan (biasanya ditandakan dengan asterisk (*) pada borang yang berkaitan) boleh menyebabkan kami tidak dapat memproses pesanan anda atau menyediakan perkhidmatan yang anda minta.

Selain daripada penggunaan-penggunaan khusus data peribadi anda yang dinyatakan dalam jadual di atas, data peribadi yang anda berikan juga boleh digunakan dan disimpan oleh kami (dalam bentuk elektronik dan/atau bentuk salinan cetak atau dalam apa-apa cara yang sesuai) untuk tujuan umum berikut atau tujuan lain seperti yang dipersetujui antara anda dan kami atau seperti yang dikehendaki oleh undang-undang dari semasa ke semasa:

  • untuk menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan kami kepada anda, termasuk menjawab sebarang soalan yang anda ada dan mengesyorkan produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan kami;
  • untuk melaksanakan kewajipan kami yang timbul daripada kontrak yang dibuat antara anda dan kami;
  • untuk memantau penggunaan, dan untuk menambah baik serta melindungi laman web, produk, kandungan dan perkhidmatan kami;
  • untuk menyiasat aduan dan transaksi yang mencurigakan;
  • untuk mencegah dan mengesan jenayah;
  • untuk memenuhi kewajipan undang-undang kami, termasuk menjawab permintaan oleh kerajaan atau pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang yang menjalankan penyiasatan;
  • untuk memahami keutamaan dan tingkah laku anda untuk menawarkan anda pengalaman pengguna yang lebih baik dengan menggunakan kuki dan pengisihan dan analisis data; dan
  • untuk menyediakan bahan pemasaran kepada anda (termasuk komunikasi tetap daripada kami dengan butiran produk, perkhidmatan dan faedah serta maklumat yang berkaitan), jika anda telah memberikan persetujuan yang diperlukan berkenaan pemasaran langsung (sila rujuk bahagian “PEMASARAN LANGSUNG” di bawah)

 

14 November 2022

Kami mungkin dari semasa ke semasa menggunakan data peribadi anda untuk menghantar bahan-bahan pemasaran kepada anda tentang, termasuk tanpa had, produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan, tawaran-tawaran, promosi-promosi, kempen-kempen dan acara-acara kami. Komunikasi pemasaran langsung tersebut mungkin dalam pelbagai bentuk, termasuk iklan, pemberitahuan acara khas, surat berita atau pengumuman, dan dihantar melalui pelbagai kaedah seperti melalui e-mel, SMS, mesej WeChat/Whatsapp, pemberitahuan pada halaman media sosial anda, pemesejan dalam aplikasi dan mel pos.

Kami tidak boleh menggunakan data peribadi anda melainkan kami telah menerima persetujuan anda.

Selain itu, tertakluk kepada persetujuan anda, kami mungkin memindahkan data peribadi anda kepada anak syarikat dan syarikat gabungan kami supaya mereka boleh berkongsi dengan anda bahan pemasaran mereka melalui cara elektronik (e-mel, SMS dan/atau media lain sama ada kini diketahui atau tersedia pada masa hadapan) dan/atau melalui pos. Walau apa pun, kami tidak akan berkongsi data peribadi anda dengan pihak ketiga untuk mendapatkan keuntungan.

Anda boleh menarik diri daripada menerima komunikasi pemasaran langsung pada bila-bila masa melalui pos atau e-mel kepada Pegawai Privasi Data kami (sila rujuk butiran hubungan di penghujung Polisi ini). Sila nyatakan nama penuh dan butiran untuk dihubungi. Dalam kes e-mel pemasaran langsung, anda juga boleh menarik diri dengan mengklik pautan nyahlanggan dalam e-mel tersebut. Kami kemudiannya akan berhenti, dan meminta anak syarikat dan syarikat gabungan kami untuk berhenti, daripada menghantar sebarang e-mel berkaitan pemasaran selanjutnya kepada anda. Sila ambil perhatian bahawa anda mungkin terus menerima komunikasi pemasaran langsung untuk tempoh yang singkat selepas menukar pilihan anda semasa kami dan/atau anak syarikat dan syarikat gabungan kami sedang mengemaskini sistem kami. Kami juga menyimpan rekod fakta bahawa anda telah meminta kami untuk tidak menghantar pemasaran langsung kepada anda atau memproses data anda supaya kami dapat menghormati permintaan anda pada masa hadapan.

Jika kami menggunakan data peribadi anda dalam sebarang komunikasi pemasaran langsung, anda mempunyai hak untuk meminta kami memberikan anda sumber data peribadi tersebut. Tiada bayaran untuk meminta maklumat ini. Kami akan memberikan anda sumber data peribadi melainkan ianya tidak praktikal atau tidak munasabah untuk berbuat demikian.

14 November 2022

Data peribadi yang anda berikan kepada kami mungkin didedahkan atau dipindahkan (sama ada di Hong Kong atau di luar negara, termasuk Tanah Besar China, Wilayah Pentadbiran Khas Macau, Wilayah Taiwan, Indonesia, Singapura, Malaysia, Filipina, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan, Vietnam dan Thailand) kepada:

Kategori

Penerima Pindahan

Antara Entiti-entiti Kumpulan TTI

Data peribadi anda mungkin dipindahkan kepada pihak yang berkaitan dalam Entiti Kumpulan TTI yang lain.

 

 

Orang-orang/pejabat-pejabat lain dalam Syarikat

Data peribadi anda mungkin dipindahkan dalam Syarikat.

 

Penghantaran produk

 

Data peribadi anda mungkin dipindahkan kepada pembekal perkhidmatan penghantaran untuk menghantar kepada anda barang-barang yang anda pesan.

Pembayaran

Data peribadi anda mungkin dipindahkan ke bank kami, pengeluar-pengeluar kad kredit, gerbang bayaran atau penyedia perkhidmatan pembayaran untuk mengesahkan butiran dan status pembayaran anda.

Penyedia-penyedia perkhidmatan profesional lain

Data peribadi anda mungkin dipindahkan kepada ejen, kontraktor dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga lain yang menyediakan telekomunikasi, pengumpulan, rujukan kredit, keselamatan, kewangan atau perkhidmatan profesional lain kepada kami.

Rangkaian-rangkaian pengiklanan

 

Data peribadi anda mungkin dipindahkan ke Google, Facebook, Rakuten Marketing dan rangkaian pengiklanan lain untuk memadankan data peribadi anda dengan pangkalan data mereka untuk menghantar bahan pemasaran langsung kami kepada anda melalui akaun(-akaun) Google dan/atau Facebook anda.

Pemproses data

Data peribadi anda mungkin dipindahkan kepada ejen, kontraktor atau penyedia perkhidmatan pihak ketiga lain yang menyediakan pemprosesan data atau perkhidmatan penyimpanan data kepada Syarikat. Dalam kes itu, Syarikat akan menerima pakai cara berkontrak dan/atau lain untuk memastikan pemproses data akan mengambil semua langkah yang boleh dilaksanakan untuk (i) melindungi data peribadi yang mereka pegang daripada akses, pemprosesan, pemadaman, kehilangan atau penggunaan tanpa kebenaran atau tidak sengaja; dan (ii) memastikan bahawa data peribadi tidak akan disimpan lebih lama daripada yang diperlukan.

 

Penyedia perkhidmatan analisis data dan hackathon dan agensi-agensi

Data peribadi anda mungkin dipindahkan ke penyedia perkhidmatan-penyedia perkhidmatan analisis data dan hackathon untuk membantu kami menganalisis tingkah laku dan aktiviti pengguna serta memudahkan pengurusan acara kami. Dalam kebanyakan kes, hanya data tanpa nama akan dipindahkan kepada penyedia-penyedia perkhidmatan ini.

Pemasaran (termasuk pemasaran digital) dan agensi analisis laman web

Data peribadi anda mungkin dipindahkan ke agensi pemasaran dan analisis laman web untuk paparan bahan pengiklanan di laman web kami dan laman web lain yang anda boleh lawati, dan analisis kelakuan dalam talian anda dan penggunaan laman web kami.

 

Pihak-pihak, dan wakil-wakil mereka, dalam urus niaga

 

 

Sekiranya Syarikat dan/atau mana-mana Entiti-entiti Kumpulan TTI terlibat dalam penggabungan, pemerolehan atau penilaian wajar, data peribadi anda mungkin dipindahkan kepada pihak luar yang berkaitan setakat data tersebut diperlukan secara munasabah untuk memutuskan perkara yang berkaitan kepada pengambilalihan atau penggabungan. Contoh pihak luar yang berkaitan termasuk rakan-rakan niaga, penasihat-penasihat kewangan, jurubank-jurubank dan peguam-peguam mereka. Data peribadi anda juga mungkin dipindahkan kepada pemilik baharu perniagaan.

Jabatan kerajaan, badan kawal selia dan mahkamah

Data peribadi anda mungkin dipindahkan ke jabatan kerajaan, penguatkuasa undang-undang, badan kawal selia dan mahkamah, setakat yang dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang, peraturan, peraturan, kod amalan atau garis panduan yang berkenaan atau menurut perintah mahkamah.

14 November 2022

Semua data peribadi yang anda berikan kepada kami akan disimpan dengan selamat dengan akses terhad oleh kakitangan yang diberi keizinan sahaja. Kami menggunakan perisian penyulitan/keselamatan untuk penghantaran data untuk melindungi data anda melalui penyulitannya dalam format yang selamat untuk memastikan privasi dan keselamatannya daripada akses atau pendedahan yang tidak dibenarkan, kehilangan secara tidak sengaja, pengubahan atau pemusnahan.

Di samping itu, kami akan menggunakan kaedah kontrak atau lain-lain untuk menghalang sebarang data peribadi yang dipindahkan kepada pemproses data kami (i) daripada disimpan lebih lama daripada yang diperlukan untuk pemprosesan data; dan (ii) daripada akses, pemprosesan, pemadaman, kehilangan atau penggunaan tanpa kebenaran atau tidak sengaja, jika kami ingin menggunakan mana-mana pemproses data.

Malangnya, penghantaran maklumat melalui internet tidak selamat sepenuhnya. Walaupun kami akan melakukan yang terbaik untuk melindungi data peribadi anda, kami tidak dapat menjamin keselamatan data anda yang dihantar ke laman web kami; sebarang penghantaran adalah atas risiko anda sendiri. Sebaik sahaja kami menerima maklumat anda, kami akan menggunakan prosedur dan ciri keselamatan yang ketat untuk cuba menghalang akses tanpa kebenaran.

14 November 2022

Kami bertujuan untuk mengekalkan data peribadi anda tidak lebih daripada tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan-tujuan pengumpulan melainkan tempoh penyimpanan yang lebih lama diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan-peraturan data yang berkenaan.

Kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan ketepatan data peribadi anda yang dipegang oleh kami. Jika kami mendapati bahawa data peribadi adalah tidak tepat, kami tidak akan menggunakan data tersebut dan akan memberitahu mana-mana pihak ketiga yang mana data peribadi anda telah dipindahkan mengenai perkara yang sama.

14 November 2022

Sebagai subjek data, anda berhak untuk menegaskan hak subjek data pada bila-bila masa. Khususnya, anda mempunyai hak untuk:

  1. dapatkan maklumat tentang sama ada atau tidak dan jika berkenaan sejauh mana kami memproses data peribadi berkenaan anda;
  2. akses maklumat, khususnya, maklumat berikut: data yang disimpan berkenaan anda, tujuan(-tujuan) pemprosesan, kategori data, penerima yang kami dedahkan data atau tempoh penyimpanan dalam kes pemprosesan data peribadi berkenaan anda;
  3. menghendaki kami membetulkan sebarang data peribadi tanpa kelewatan yang tidak wajar yang tidak tepat atau tidak lengkap;
  4. memastikan polisi-polisi dan amalan kami (dari semasa ke semasa) berhubung dengan data peribadi dan jenis data peribadi yang dipegang oleh kami;
  5. memerlukan kami memadam atau menghentikan pengumpulan, pemprosesan atau penggunaan data peribadi anda tanpa kelewatan yang tidak wajar;
  6. menarik balik persetujuan anda yang diberikan terhadap kami mengenai pemprosesan data anda pada bila-bila masa;
  7. memerlukan pemprosesan data peribadi anda dihadkan; dan
  8. menerima data peribadi mengenai anda yang telah anda berikan kepada kami dalam format berstruktur, standard dan boleh dibaca mesin, dan untuk menghantar data ini kepada pengawal lain.

Kami mungkin mengenakan bayaran yang berpatutan untuk permintaan mengakses data peribadi.

Semua permintaan-permintaan untuk akses kepada, atau pembetulan, data peribadi hendaklah secara bertulis dan dialamatkan kepada Pegawai Data Privasi kami (sila rujuk butiran hubungan di penghujung Polisi ini). Pemprosesan permintaan anda oleh kami mungkin dikenakan syarat apabila anda melengkapkan borang permintaan akses data atas permintaan kami, yang memerlukan anda memberikan maklumat seperti “jenis data” dan “tempoh yang diliputi oleh data”.

14 November 2022

Laman web-laman web Entiti-entiti Kumpulan TTI kami menggunakan kuki-kuki yang, antara lain, membantu kami meningkatkan pengalaman anda terhadap laman web-laman web kami dan memastikan ia berfungsi seperti yang anda harapkan. Untuk maklumat terperinci tentang cara kami menggunakan kuki-kuki dan tujuan kami, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

14 November 2022

Laman web kami mungkin mengandungi pautan ke laman lain yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat pihak ketiga dengan amalan privasi yang berbeza. Anda harus sentiasa berwaspada apabila anda meninggalkan laman kami dan membaca penyata privasi pada laman web-laman web lain. Kami tidak mempunyai kawalan ke atas data peribadi yang anda serahkan atau terima daripada pihak ketiga ini.

14 November 2022

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang cara kami memproses data anda, atau ingin menarik diri daripada pemasaran langsung, anda boleh menghubungi Pegawai Data Privasi kami melalui pos atau e-mel:

Alamat:

29/F, Tower 2, Kowloon Commerce Centre, 51 Kwai Cheong Road, Kwai Chung, New Territories, Hong Kong

Attention: Data Privacy Officer

Emel: privacy@tti.com.hk

14 November 2022

Malaysia

Notis tambahan ini terpakai kepada semua pelawat di Malaysia dan dikemukakan selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”).

HAK-HAK ANDA DI BAWAH PDPA

Sebagai subjek data, anda berhak untuk menegaskan hak-hak subjek data pada bila-bila masa. Khususnya, anda mempunyai hak untuk:

1. mendapatkan maklumat tentang sama ada atau tidak dan jika berkenaan sejauh mana kami memproses data peribadi berkenaan anda;

2. mengakses maklumat, khususnya, maklumat berikut: data yang disimpan mengenai anda, tujuan pemprosesan, kategori data, penerima yang kami dedahkan data atau tempoh penyimpanan dalam hal pemprosesan data peribadi mengenai anda;

3. memerlukan kami untuk membetulkan sebarang data peribadi tanpa kelewatan yang tidak wajar yang tidak tepat atau tidak lengkap;

4. memastikan polisi dan amalan kami (dari masa ke semasa) berhubung dengan data peribadi dan jenis data peribadi yang dipegang oleh kami;

5. memerlukan kami memadam atau menghentikan pengumpulan, pemprosesan atau penggunaan data peribadi anda tanpa kelewatan yang tidak wajar;

6. menarik balik persetujuan anda yang diberikan terhadap kami mengenai pemprosesan data anda pada bila-bila masa; dan

7. memerlukan pemprosesan data peribadi anda dihadkan.

BAGAIMANA SAYA NAK BERHUBUNG DENGAN ANDA

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang cara kami memproses data anda, atau ingin menarik diri daripada pemasaran langsung, anda boleh menghubungi Pegawai Data Privasi kami melalui telefon atau e-mel:

Eksekutif Kanan, Digital & Marcom
marketing@milwaukeetool.my
+603-7866 0668

Bahasa

Menurut seksyen 7(3) PDPA, Polisi ini ditulis dalam kedua-dua versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang ketidakselarasan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia Polisi ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Singapura

Hanya tersedia dalam Bahasa Inggeris, sila klik di sini untuk melihat versi tersebut.

Korea Selatan

Hanya tersedia dalam Bahasa Inggeris, sila klik di sini untuk melihat versi tersebut.

Kawasan Taiwan

Hanya tersedia dalam Bahasa Inggeris, sila klik di sini untuk melihat versi tersebut.

Thailand

Hanya tersedia dalam Bahasa Inggeris, sila klik di sini untuk melihat versi tersebut.

Amerika Syarikat

Hanya tersedia dalam Bahasa Inggeris, sila klik di sini untuk melihat versi tersebut.

Vietnam

Hanya tersedia dalam Bahasa Inggeris, sila klik di sini untuk melihat versi tersebut.
14 November 2022

Hanya tersedia dalam Bahasa Inggeris, sila klik di sini untuk melihat versi tersebut.

14 November 2022